Monday, 7 May 2012

Kenapa mata LELAKI suka tengok WANITA....






Andai......
Malam pasangannya siang, 
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.


Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?


Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.


Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.


Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.


Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.


Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.


Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga.
Sesuatu yang berharga dan bernilai perlu dijaga dengan baik.
Semakin dibuka semakin kurang nilai harganya..
Bajailah ia dengan iman dan takwa semoga membuahkan hasil yang sungguh bernilai.
 sihah-acik.blogspot.com.

Friday, 9 March 2012

ISTIQARAH CINTAKU

 




•¸.•´¯•¸.•´¯•¸.•´¯•¸.•´¯•¸.•´¯•¸.•´¯•¸.•´¯•¸.•´¯•¸.•´¯
"Ya Allah, jika benar dia JODOHKU...Engkau satukanlah kami dengan ikatan yang HALAL di sisiMU Ya ALLAH...Jika benar dia MILIKKU,Engkau dekatkanlah HATI kami dengan kasih sayang yang mendalam...Jika benar dia yang TERBAIK buatku,Engkau peliharalah perasaan CINTA antara kami agar kami saling mengasihi,agar kami saling menghormati.Tapi seandainya kami TIDAK dijodohkan untuk bersama dan dia bukanlah yang terbaik untukku Ya Allah...maka Engkau tunjukkanlah KEBENARANMU agar hati ini AKUR atas KEHILANGANNYA...Engkau JAUHKANLAH hati kami dari sebarang perasaan...Engkau berikanlah KEKUATAN buat hati-hati kami agar kami REDHA dengan ketentuanMu Ya Allah...Ameen Ya Rahman..Ameen Ya Rahim..Amin Ya Rabbal Alamin.."
•¸.•´¯•¸.•´¯•¸.•´¯•¸.•´¯•¸.•´¯•¸.•´¯•¸.•´¯•¸.•´¯•¸.•´¯
sihah-acik.blogspot.com

Sunday, 4 March 2012

【ツ】Kenali Hati Seorang Wanita 【ツ】






1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin
bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin
LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah
tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang
lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan
tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang
amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat
tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari,
naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja
bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama
kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak
ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan
tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA
diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak
tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan
satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan
menghanyutkannya.

Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung
dan bukan sebagai pemusnah.
WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk
dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.

Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANIT

Tuesday, 28 February 2012

senyumlah..(^_~)


 
 
~✿ Kadangkala kita senyum sekadar utk menutup luka dihati dan kadangkala kita ketawa hanya utk mengubati kesedihan dlm diri, Adakalanya kita melangkah dgn penuh yakin sedangkn perasaan goyah menunggu rebah, Bila menangis tdk siapa yg tahu, Semuanya demi maruah diri..

~✿ Walau siapapun kita,dimana kita berada,langit tetap dijunjung,tanah tetap dipijak, Selagi kita hidup,langkah mesti diteruskan, Jgn sesekali kesal dgn nasib diri kerana kita adalah sebahagian dari makhluk ALLAH yg sedang diuji oleh-NYA....

Monday, 27 February 2012








♥ ~ buat yang pernah merasa SAKIT DILUKAI..

♥ ~ buat yang pernah merasa sakit DITINGGAL pergi..


♥ ~ buat yang masih BERDARAH lukanya..


♥ ~ buat yang masih sembab dan BENGKAK matanya..


♥ ~ buat yang masih MENANGIS hatinya..


♥ ~ buat yang masih belum mampu MELEPAS pergi..


♥ ~ buat yang masih TERMENUNG dan merenung, menanti dan bersendiri..


♥ ~ buat yang MERASA..


♥ ~ buat yang MENGALAMI..


♥ ~ dan buat yang MEMERHATI..





JUJUR, rasa ini mengajar kamu..jujur, rasa ini yang membuat kamu SEDAR..cintamu mungkin perlu kamu SIMPAN, BUKAN untuk DITAJA kepada ramai, bukan untuk insan yang BERHATI SAKIT..BUKAN CINTA MURAHAN..hanya buat yang LAYAK, hanya buat yang BERHAK..♥ ♥ ♥

cinta




 




Tatkala Akal Dan Hati Berbicara Tentang CINTA Pelbagai Persoalan Berada Di Minda 

Akal Bertanya Pada Hati Apakah Makna CINTA? 

 
Hati Mjawab''CINTA'' iklas,jujur dan setia menjadi landasan utama CINTA SESAMA MANUSIA 

 
Akal Bertanya Bagaimana Pula CINTA kepada PENCIPTA? 

 
Hati Menyatakan Bahawa CINTAnya Kepada YANG ESA Melebihi Setiap Apa Yang Ada Di Dunia 


Cinta Pada-NYA Sentiasa Ada Kerna Aku MenCINTAi Manusia Juga Kerna CINTAku-NYA 


Kdgkala ALLAH Menarik CINTA Sesama Manusia Kerna Kita Sering Lupa Akan Kehadiran-NYA


ALLAH Juga Menarik CINTA Kita Kerna ALLAH Lebih MenCINTAi Hamba-NYA


Dan Yang Pastinya ALLAH Juga MenCINTAi Hamba2 Yang Tak Pernah Lupa Pada DIA YANG MAHA 


BERKUASA