Sunday, 16 October 2011

perlukah aku menangis????....

Perlukah aku menangis..
menampakkan kelemahanku...

perlukah aku menangis
untuk menyatakan aku dalam kesedihan dan kesakitan...

perlukah aku menangis
untuk menuntut kebahagiaanku..
menuntut hak yang sepatutnya aku milikki..

ya Allah...
sememangnya airmata ini tidak boleh lagi aku bendung...
seperti apakah kesudahan episod kehidupanku ini...
bimbinglah diri ini Tuhan...
agar tidak lagi aku terpesong jalan..
peliharalah diri ini dari hanya mengingati dunia...
dari segala fitnah didalamnya...

Biarlah airmata yang kuhabiskan ini...
semata2 kerana takut akan segala dosaku...
bukan semata2 takut kehilangan dunia..

Tuhan, andainya semua ini adalah penghapus dosaku..
aku redha dengan kehendakMu...
andainya semua ini adalah dugaan untukku...
maka kuatkanlah hatiku untuk menghadapinya...
kerana sehingga saat ini...
aku masih mencari sinarmu...
sinar nikmatnya iman yang masih belum aku rasai sepenuhnya....

Tuhan...ku biarkan pelayaran hidupku ini...
dengan kehendakmu...
ku biarkan segalanya untukMu menentukan...
kerana Kau lebih mengetahui..apa yang terbaik untukku...
semoga aku masih lagi dalam pandanganMu...
Add caption
semoga aku tergolong dalam kalangan hambaMu yang sentiasa mengingatiMu....

No comments:

Post a Comment